Aisyah @ Kak Cik

Aisyah lebih dikenali sebagai Kak Cik di rumah. Sebabnya dia dah dapat adik semasa dia masih kecil. Masa umur setahun setengah. Gelaran Kak Cik lekat hingga hari ni. Nantikan kisah Kak Cik dan adiknya Puteri Alya...serta kegemaran mereka

Aisyah 2 tahun semasa di Liverpool

Ni masa Aisyah umur 2 tahun. Gambar semasa di Liverpool United Kingdom

Puteri Aisyah

Puteri Aisyah atau pemilik nama sebenar Nur Aisyah Dalili lahir pada tanggal 14 December 2004. Puteri Aisyah ada dua orang abang bernama putera Ammar dan putera Aliff. Kelahiran puteri Aisyah memang sangat di nanti nantikan. Al maklumlah puteri pertama. Maka bermulalah era mendandan dan menghias si puteri. Kalau putera kan tak banyak pilihan pakaian cantik dan berfesyen. Puteri Aisyah ni sweet sangat...rambut curly macam baby doll. sampai ada orang tanya soalan. "rambut asal ke buat?" ...isk mana ada masa nak buat rambut si puteri ni....Rambut ikal puteri Aisyah ni bertambah cantik kerana ada natural tone kaler brown...macam diwarnakan pulak...patut la ada orang warnakan rambut 'buat highlight'. Cuma masalahnya rambut si puteri ni sangat halus....slalu sangkut bila nak sikat. Pendek cerita makan masa la kalau nak sikat dan memang cantik kalau tak disikat..hihi